Wednesday, June 9, 2010

hari ini..

hari ini hari yang buruk.. hari ini.. hati yang terang telah berubah menjadi suram.. hari ini wajah berseri berubah menjadi sedih.. hari ini pun hujan turun lebat diiringi petir yang menyambar-nyambar.. hari ini aku mengerti yang aku akan kehilangan kau..hari ini juga aku mula sedar jarak akan memisahkan kita.. hari ini juga aku percaya hari-hari akan datang akan sunyi tanpa kehadiranmu.. hari ini juga aku sedar akan tiba saat terakhir aku menatap wajah manismu.. hari ini aku hancur.. apabila mengingatkan kau yang akan melangkah pergi.. meninggalkan aku sendiri di sini sunyi tanpa hadirmu.. dan dirimu hanya meninggalkan secebis kenangan untuk aku ingati.. hari ini aku hancur.. hancur berkeping-keping merasakan semua ini bila hari ini.. aku tidak mengatakan bahawa aku terlampau menyayanginya.. sedangkan inilah kesempatan terbaik aku meluahkan kata hati.. kata hati yang terbuku sebelum dia melangkah pergi.. tetapi.. mungkinkah akan berlaku keajaiban bila dia mengetahui isi hatiku yang tulus? walaupun apa yang akan terjadi selepas hari ini..hati dan perasaanku tidak berubah dan tidak akan pernah berubah.. dan aku ingin dia tahu sesungguhnya yang sampai hari ini aku tetap mengagumi dia.. walaupun semua ini bakal berakhir.. aku berharap hari esok tak seperti hari ini.. cukup hari ini aku merasakan semua kepedihan ini.. merasakan kehancuran dan kekecewaan dalam diriku.. kebodohan yang tak dapat difahami dan suatu perasaan yang menyeksa diri..

pertama kali yang terakhir..

pertama kali.. ku susun langkah ini.. sebaik dan sesopan mungkin.. ku atur perjalananku.. agar bila tiba masanya.. aku menjadi yang pertama.. Di genggaman ini.. ada sejuta keyakinan.. utuh bersama seribu perancangan.. hanya demi sebuah harapan.. ku jejaki dengan penuh keberanian.. agar bila hari esok tiada penyesalan.. ku rebut semua kepunyaanku.. dengan harapan.. ia tidak dimiliki orang..
ku lari.. selaju-lajunya.. agar berada didepan.. dan hari ini.. senyuman ku ukir buat semua.. agar dunia ini ceria.. bersama gelak ketawa.. kerana depan sana.. ku tahu ada cahaya.. kerana pertama kali.. mungkin untuk kali terakhir..

sajak dari abg.. ;)

Setiap pagi hidupku diselebungi dgn kegelapan dan sebagainya..tpi.. pda satu hari...satu cahaya menyelubungi diriku ini iaitu kamu cahaya kebahagiaan dlm hidupku ini..
Awan yang mendung membuat hatiku sayu,
Hatiku bertamabah sayu apabila tanpa kehadiranmu,
Hatiku bertambah sayu tanpa melihat wajahmu yang ayu itu,

Bila bulan mengambang dengan indahnya,
Hatiku begitu merinduimu,
Hatiku amat kesunyian tanpamu,
Wajahmu sering dipadangan mataku ini kerana kecantikan bulan malam ini umpamamu,
Angin yang membayu-bayu ditelingaku ini membuatkan daku rindu akan suaramu yang lunak itu,
Kejelitaanmu umpama bulan malam ini,

Setiap kali daku melihat bunga-bunga disekelilingku kelihat begitu indah sekali,
Itu membuatkan daku lebih merinduimu,
Fikiranku ini sering teringat akanmu,
Engkau secantik bunga-bunga disekelilingku ini,
Engkau umpama bunga rose yang paling catik sekali ditaman itu,

Matahari yang bercampur dengan hujan membuat daku begitu sayu sekali,
Tiba-tiba wajahmu bermain difikiranku ini,

Bila daku melihat langit yang indah pada waktu pagi ini,perasaanku tiba-tiba tersentuh dan
begitu merinduimu,
Bila daku melihat pohon dibelakang rumahku ini terdapat 2 bunga yang cantik,
Hatiku merasa senang bila melihatnya,
Kecantikanmu umpama bunga itu,
Bunga yang hanyaku nampak 6 bulan sekali sahaja,

Hatiku sering kala tertanya-tanya adakah daku layak bersamamu,
Hatiku ini merasakan kau begitu indah bagiku,
Hatiku gembira sekali dapat melihat wajahmu walaupun dari jauh,
Hatiku gembira sekali dapat mendengar suaramu yang lemah-lembut itu walaupun hanya sebentar,


Kaulah gadis dihatiku selama-lamanya,
Kaulah isihatiku yang satu ini,
Kaulah bidahariku yang sering menemaniku,
Kaulah engkau,

Wahai Wanita yangku Rindui...
Kau bagaikan rembulan yang terang-menerang menerangi kegelapan malam,
Kau bagaikan mutiara yang berkelipan didalam lautan yang luas,
Kau bagaikan bunga rose yang mekar dengan indahnya di pagi hari,
Kau bagaikan bintang yang berkelipan dengan riangnya di malam hari,

Kaulah wanita yang ku cari-cari selama pencarian ku ini,

Daku umpama kumbang yag berkeliaran mencari-cari bunga yang sesuai dengan ku,
Kaulah bunga ku,

Rupa paras mu umpama permata yang berkelipan dengan indahnya,

Senyuman mu yang indah itu membuat
daku merasa bahagia apabila bersama mu,

Kelakuan mu yang lemah gemalai itu membuat hatiku merasa tenang melihat mu,

Suara mu sering kala daku teringat-ingat didalam ingatan ku ini,

Hatiku merasa resah apabila tidak melihat mu sehari,
Hati ku merasa rindu tidak melihat kelibat mu,
Hatiku sayu apabila tidak melihat senyuman mu,
Hatiku gelisah tidak mendengat percakapam mu,

Namamu telah ku pahat dalam hatiku ini dengan dipenuhi dengan cintaku kepada mu,

Setiap kali bulan muncul ku sering teringat akan kamu,hatiku,

Kaulah wanita ku dunia dan akhirat,
Kaulah bidahari hatiku selama-lamanya

oh bulan..

Engkau umpama pelita dimalam hari,
Engkau umpama pelita didalam bilik yang gelap-gelita,
Engkau menerangi bilik itu supaya manusia lain bloeh menghargaimu,

Engkau bagaikan belian yang paling cantik sekali didunia ini,
Engkau bagai bunga sakura yang gugur daunnya menyentuh tubuhku ini,
Engkau bagai mutiara yang bekelipan didalam lautan yang terbentang luas,
Engkaulah ciptaan tuhan yang paling agung dan cantik sekali yang pernahku
temui sepanjang kehidupanku ini,

Cahayamu menerangi kegelapan malam,
Cahayamu juga memberi kebahagian kepada orang yang melihatmu,
Cahayamu mengubat duka hati seseorang itu,
Cahayamu menyebabkan hati seseorang itu tersentuh melihat keindahanmu,
Cahayamu membuat manusia ingin mengenali dan menatapimu dengan lebih lama lagi,
Cahayamu yang membuat daku melupai segala kesedihan dihatiku ini,

Setiap malam daku menunggumu,
menunggu keindahan cahayamu yang terang-benerang,
menunggumu tanpa rasa letih mahupun jemu,

Mungkin manusia lain memanggilku tidak siuman tetapi demi
melihat keindahanmu daku tidak mengendahkan semua itu,
Daku merasa kagum melihatmu,
Perasaanku bercampur apabila melihatmu,

Setiap malam ku sentiasa melihatmu tanpa memikirkan keletihan pada diriku ini,
Daku berharap dapat nmelihatmu dengan lebih dekat lagi,
Daku sentiasa melihatmu menggunakan mata hatiku ini,

Engkau membuat daku merindui seseorang,
Inginku kongsi saat-saat gembiraku ini kepada orang itu,
Inginku kongsi keindahanmu tetapi dengan siapa,


Kaulah bulanku dimalam hari,
Kaulah temanku dimalam hari,
Kaulah tempat daku menghilangkan segala kedukaan dihatiku ini,

OH BULAN.....