Wednesday, June 9, 2010

hari ini..

hari ini hari yang buruk.. hari ini.. hati yang terang telah berubah menjadi suram.. hari ini wajah berseri berubah menjadi sedih.. hari ini pun hujan turun lebat diiringi petir yang menyambar-nyambar.. hari ini aku mengerti yang aku akan kehilangan kau..hari ini juga aku mula sedar jarak akan memisahkan kita.. hari ini juga aku percaya hari-hari akan datang akan sunyi tanpa kehadiranmu.. hari ini juga aku sedar akan tiba saat terakhir aku menatap wajah manismu.. hari ini aku hancur.. apabila mengingatkan kau yang akan melangkah pergi.. meninggalkan aku sendiri di sini sunyi tanpa hadirmu.. dan dirimu hanya meninggalkan secebis kenangan untuk aku ingati.. hari ini aku hancur.. hancur berkeping-keping merasakan semua ini bila hari ini.. aku tidak mengatakan bahawa aku terlampau menyayanginya.. sedangkan inilah kesempatan terbaik aku meluahkan kata hati.. kata hati yang terbuku sebelum dia melangkah pergi.. tetapi.. mungkinkah akan berlaku keajaiban bila dia mengetahui isi hatiku yang tulus? walaupun apa yang akan terjadi selepas hari ini..hati dan perasaanku tidak berubah dan tidak akan pernah berubah.. dan aku ingin dia tahu sesungguhnya yang sampai hari ini aku tetap mengagumi dia.. walaupun semua ini bakal berakhir.. aku berharap hari esok tak seperti hari ini.. cukup hari ini aku merasakan semua kepedihan ini.. merasakan kehancuran dan kekecewaan dalam diriku.. kebodohan yang tak dapat difahami dan suatu perasaan yang menyeksa diri..